Gila-Gila Pengantin Popular (2005)

Poster Filem Gila-Gila Pengantin Popular

Gila-Gila Pengantin Popular (2005)

Sinopsis:

Filem Gila-Gila Pengantin Popular mengisahkan Zul yang telah pun bertunang dengan Fatimah dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat. Bagaimanapun Fatimah pula telah dipilih menyertai rancangan realiti TV, Akademi Idola dan muncul sebagai juara. Setelah berjaya, Fatimah menggunakan nama Irma. Herman dan Sheera yang mengelola rancangan tersebut bertanggungjawab mengendalikan karier dan imej Irma.

Tarikh perkahwinan yang dijanjikan semakin hampir tetapi Zul tidak dibenarkan bertemu dengan Irma. Pada satu sidang akhbar, Herman mengumumkan bahawa Irma telah putus tunang. Sementara itu Sheera yang diberhentikan oleh Herman, berazam untuk membantu Zul bertemu semula dengan Irma. Sheera kemudian bertemu dengan Awin, bekas penyanyi dari kumpulan rock.

Dengan bantuan Awin dan Mala seorang jurulatih senamrobik yang juga rakan serumah Sheera, mereka berjaya membentuk Zul menjadi seorang artis dan mempertemukan dia dengan Irma dalam satu pertunjukan pentas.

Filem Gila-Gila Pengantin Popular diarahkan oleh Aziz M. Osman.

Pelakon: Erra Fazira, Saiful Apek, Afdlin Shauki, Norman Hakim, Nora Danish.

 

Filem Gila-Gila Pengantin Popular Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. TheFirr says:

    Hi.. Gila2 pengantin popular, gerak khas 1 no longer available. Really want to watch these movies. hope Retro Evergreen can do something about it, thanks.

Speak Your Mind