Gila-Gila Pengantin Remaja (2004)

Poster Filem Gila-Gila Pengantin Remaja

Gila-Gila Pengantin Remaja (2004)

Sinopsis:

Filem Gila-Gila Pengantin Remaja mengisahkan Amir (Beego) dan Mastura (Zahnita Hussein) yang bakal menduduki peperiksaan SPM berjanji akan melangsungkan perkahwinan selepas tamat pengajian di menara gading. Fandi (Zed Zaidi) menaruh perasaan cemburu terhadap percintaan mereka. Bapa saudara Amir, Bakar (Afdlin Shauki) memberi galakan kepada Amir untuk terus belajar hingga ke menara gading.

Kakak Mastura, Anita (Juliana Banos) percaya masa depan yang cerah tidak sepenuhnya bergantung kepada kelulusan akademik semata-mata. Semasa Peperiksaan SPM, Mastura terlewat menghadiri kertas Matematik dan merasa kecewa kerana baginya dia sudah gagal dalam peperiksaannya. Disebabkan itu, Anita menyuruh Mastura mencari calon suami kaya.

Amir yang mengetahui Mastura akan ditunangkan dengan Fandi merasa sungguh kecewa. Namun, dia terperanjat apabila mendapat tahu Mastura diminta kahwin secara tergesa-gesa bagi menutup malu apabila Fandi telah ditangkap kerana berkhalwat dengan gadis lain.

Apabila perkahwinan Mastura dan Fandi bakal berlangsung, Amir melarikan Mastura ke selatan Thailand untuk bernikah di sana. Dari sinilah bermulanya keriuhan dan kekecohan… Filem Gila-Gila Pengantin Remaja diarahkan oleh Aziz M. Osman.

Pelakon: Afdlin Shauki, Juliana Banos, Zahnita Hussein, Beego, Zad Zaidi, Saiful Apek, A.R Badul.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind