Gila-Gila Remaja (1985)

Poster Gila-Gila Remaja

Gila-gila Remaja (1985)

Sinopsis:

Filem Gila-Gila Remaja mengisahkan seorang remaja nakal, Azroy atau Roy (Faizal Hussein) telah jatuh cinta dengan seorang gadis pelajar baru di kolej tempatnya belajar yang bernama Suziana (Rehana Yassin) atau lebih mesra dengan panggilan Suzi dikalangan teman dan keluarganya. Pada suatu hari, Roy dan ahli kumpulannya telah terbabit dalam satu pergaduhan dengan kumpulan “Gagak Hitam”.

Selepas pergaduhan tersebut, seorang kawan Roy telah cedera parah ditikam. Farouk (Kamarool Yusof) dari kumpulan Gagak Hitam yang masih tidak berpuas hati dengan Roy telah merogol adik Remy (Rosyam Noor) iaitu kawan Roy. Di atas kejadian itu, Remy mengamuk dan ingin membalas dendam terhadap kumpulan Gagak Hitam. Remy berjaya menikam Farouk dan membunuh ketua Kumpulan Gagak Hitam.

Selepas kejadian itu, Remy telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam pusat pemulihan akhlak berikutan jenayah yang telah dilakukannya. Farouk yang terselamat selepas ditikam oleh Remy telah mengapi-apikan ayah Suzi (Hussein Abu Hassan) agar membenci Roy. Ayah Suzi mengugut untuk memindahkan Suzi ke kolej lain sekiranya Roy dan Suzi masih bertemu. Demi cintanya terhadapa Suzi, Roy sanggup berkorban dan meninggalkan kolej walaupun peperiksaan akhir telah semakin hampir.

Bagaimanakah kesudahan percintaan antara Roy dan Suzi? Tontonilah filem Gila-Gila Remaja arahan Hussein Abu Hassan untuk mengetahui kisah selanjutnya…

Lakonan : Faizal Hussein, Rehana Yassin, Rosyam Nor, Kamarool Hj. Yusof, Hamid Ali, Sal Ahmad, Billy Chin, Rastam Rahman, Amelia Alias, Sharifah Faezah, Norzaini, Marini, Nazreen, Daljit, Anandand, Hussein Abu Hassan, Mahyon Ismail, Megat Hashim, Bakaruddin, Lokman, A.R. Badul, Yusni Jaafar, R. Jaafar, Norizan.

.

Filem Gila-Gila Remaja Full Movie

 

………………………………………………………………………………………………………

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind