Gong (2006)

Poster Gong

Gong (2006)

Sinopsis:

Filem Gong berkisar tentang 5 orang pelajar jurusan performing arts dari UITM yang terpilih untuk mengadakan lawatan sambil belajar selama 7 hari di Jogjakarta. Mereka terdiri daripada Mira (Fasha Sandha), Trisha (Sharifah Sofea), Ika (Elyana), Rozan (Jehan Miskin) dan Didi (Faizal Yusuf). Satu hari, Kelima-lima mereka telah dibawa melawat ke Muzium Kesenian Jogja yang menghimpunkan pelbagai koleksi sejarah, kesenian dan peralatan muzik sejak dari zaman Kerajaan Majapahit, Kerajaan Matara, purba, tamadun Hindu Mataram hinggalah zaman Gong purba yang kecil menarik perhatian pelajar-pelajar ini terutamanya Trisha yang paling nakal di antara mereka.

Pandangan Trisha dan Mira terikat pada Gong purba Mataram yang seakan-akan menyeru semangat mereka. Sekembalinya mereka ke tempat penginapan mereka itu, mereka terkejut apabila mendapat tahu Trisha telah mencuri keluar Gong purba kecil. Mereka membantah sekeras kerasnya tindakan Trisha tetapi dikatakan gong tersebut dapat menghasilkan bunyi yang agak ganjil berbanding dengan gong-gong biasa. Tambahan pula, ukiran di keliling Gong itu amat pelik dan mengagumkan.

Pada malam itu, ketika semua orang sedang tidur, Trisha telah mengejutkan Ika dan memberitahu niatnya untuk memukul gong tersebut. Trisha terasa seperti Gong tersebut menyeru dirinya. Sebelum subuh, sewaktu kesemua mereka menyambung lena, satu lembaga hitam telah muncul daripada kegelapan di luar dan terawang-awang dengan perlahan-lahan menghampiri Gong tersebut yang kebetulan diletakkan bersama alat-alat gamelan yang lain.

Bermula dari saat itu, kelima-lima mereka sentiasa berhadapan dengan pengalaman menyeramkan yang bertambah menggerunkan dari masa ke semasa kerana lembaga tersebut akan menggangu mereka tanpa mengira tempat dan waktu sehinggalah mereka semua menjadi kalut seperti tiada jalan keluar.. Filem Gong diarahkan oleh Sandosh Kesavan.

Pelakon: Jehan Miskin, Fasha Sandha, Elyana, Faizal Yusuf, Sharifah Sofia.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. Hazyk says:

    Filem Gong, filem yang paling best bagi saya, sebab filem ini menceritakan mengenai sejarah yang kita sendiri tak tahu. Melalui cerita ini, kita dapat tahu mengenai sedikit sebanyak tentang sejarah Gong, kerajaan majapahit, mataram dan lain2. Memang Best!

Speak Your Mind