Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Poster Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Sinopsis:

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah kesinambungan dari filem ‘Zombi Kampung Pisang’ arahan Mamat Khalid.  Dengan mengekalkan genre yang sama iaitu komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan dari filem pertama.

Husin (Awie) yang telah sekian lama bekerja di Singapura mengambil keputusan untuk balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang.  Apabila pulang ke rumah, Husin berasa hairan melihat seorang jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang berperangai agak pelik. Dia langsung tidak bercakap dan rambut yang kusut mengerbang.  Ketika hendak tidur Husin mengalami kejadian yang menakutkannya. Lalu dia pun pergi ke warung Pak Muner dan menceritakan kejadian yang telah dialaminya dan memberitahu orang-orang kampung yang Kak Limah mungkin sudah bertukar menjadi hantu.

Abi Hurairah (Johan Raja Lawak) juga bersependapat dengan Husin kerana beliau juga pernah mengalami peristiwa pelik ketika terserempak dengan Kak Limah di kawasan kubur.  Pak Jabit (Man Kadir) yang sudah lama bengang dengan Husin (kerana pernah memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin punca kepada nasib buruk Kampung Pisang yang mana sebelum ini keadaan adalah aman damai, tetapi menjadi kacau bilau semenjak Husin balik ke kampung tersebut.

Pak Abu (Zami Ismail) mencadangkan agar mereka menyiasat misteri kejadian yang berlaku di kampung itu. Orang kampung beramai-ramai pergi ke rumah Kak Limah. Mereka terkejut apabila menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Selepas pengebumian jenazah Kak Limah, kampung tersebut masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk mententeram dan menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? dapatkah penduduk Kampung Pisang menghurai misteri hantu tersebut?  Temui jawapannya dalam filem ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ arahan Mamat Khalid.

Pelakon: Awie, Man Kadir, Johan Raja Lawak, Zami Ismail, Ummi Nazeera, Pekin, Shoffi Jikan, Avaa Vanja, Nadia Mustafar.

 

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind