Hapuslah Air Matamu (1976)

Poster Filem Hapuslah Air Matamu

Poster Filem Hapuslah Air Matamu

Hapuslah Air Matamu (1976)

Sinopsis:

Filem Hapuslah Air Matamu mengisahkan seorang penyanyi yang berasal dari kampung, Aini (Sharifah Aini) lupa daratan setelah terkenal sebagai artis rakaman. Aini seorang gadis kampung yang bersopan santun serta berbudi tinggi. Atas galakan Adi (Latiff Ibrahim), kekasihnya yang sedang menuntut di universiti dia berjaya menjadi seorang penyanyi yang diminati ramai. Pengurus syarikat piring hitamnya memberi peluang dia berpadu suara dengan penyanyi terkenal Indonesia, Broery (Broery Marantika), yang menyebabkan namanya semakin terkenal dan menjadi rebutan syarikat piring hitam.

Kelab-kelab malam telah menawarkannya bayaran yang tinggi. Semasa Aini dengan Broery di Indonesia, dia berubah menjadi angkuh dan sombong. Dia melupai janji-janjinya yang lalu, terutama kepada ibu dan kekasihnya. Lebih menyedihkan apabila ibunya pergi ke kelab untuk menemuinya, dia memarahi serta menghina ibunya, menyebabkan ibunya merajuk lalu jatuh sakit.

Filem Hapuslah Air Matamu diarahkan oleh M. Amin.

Pelakon: Sharifah Aini, Latif Ibrahim, Broery Marantika, Ahmad Nawab.

 

Filem Hapuslah Air Matamu Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind