Haq (2011)

Poster Haq

Haq (2011)

Sinopsis:

Filem Haq memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia dan pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Haq (Zul Huzaimy) seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) manakala Bad (Adi Putra) merupakan seorang yang bijak adalah merupakan adik angkatnya. Dengan mengunakan kuasa mindanya Haq berupaya untuk mengalihkan objek yang berada di sekelilingnya.

Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka masih kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali oleh Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarganya.

Ini merunsingkan Haq dan bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad yang telah sekian lama menderita sakit, akhirnya meninggal dunia walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.

Apakah kesudahan yang berlaku antara kedua saudara ini? Tontonilah filem Haq ini untuk mengetahuinya. Filem ini diarahkan oleh Clhor, Jumaatun Azmi.

Pelakon: Zul Huzaimy, Adi Putra, Nanu, Raja Farah, Fatimah Abu Bakar, Zulkifli Ismail.

 

Filem Haq Full Movie

 

………………………………………………………………………………………………………………

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind