Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (2010)

Poster Jangan Pandang Belakang Congkak 2

Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (2010)

Sinopsis:

Filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 adalah kesinambungan dari filem Jangan Pandang Belakang Congkak yang mana setelah berjaya memulihkan Punai, Asmat dan Johan serta berjaya menewaskan Mustika, Pak Mor yang cedera menuju ke anak sungai dan membaca jampi menteranya. Semakin lama semakin laju Pak Mor membaca jampi manteranya sehinga dengan tiba-tiba tubuh Pak Mor mula mengelupur dan kejang. Serentak dengan itu satu gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor bersama dengan Mustika.

Setelah Mustika keluar dari tubuh Pak Mor, Pak Mor kembali pulih seperti sedia kala. Rupa-rupanya Pak Mor ada hubungan dengan Mustika dan mereka telah berpakat untuk mengambil semua harta dan saka-saka Pak Sudir setelah kematian Pak Sudir. Dengan mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir, Pak Mor dan Mustika akan kekal muda untuk selama-lamanya tetapi kedatangan Punai, Asmat dan Johan telah menggagalkan rancangan mereka. Jadi, Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan mereka bertiga walau dengan apa cara sekalipun.

Dengan kuasa yang ada, Pak Mor dan Mustika cuba untuk membunuh Asmat dan Punai tetapi mereka berjaya melarikan diri. Asmat memberitahu bahawa ada seorang bomoh yang boleh menolong mereka menentang Pak Mor iaitu Wak Ketari (Bob Ku2).

Wak Ketari bersetuju untuk menagajar mereka ilmu bomoh tetapi memberikan syarat-syarat yang ketat yang mesti mereka patuhi. Pada mulanya mereka keberatan kerana syarat yang dikenakan terlalu berat untuk dipatuhi tetapi setelah terpandang Seha (Nora Danish), anak gadis Wak Ketari yang cantik, mereka terus bersetuju untuk belajar. Bermula dari situ mereka belajar dan mereka menghadapi berbagai masalah semasa belajar kerena mereka dikehendaki menangkap hantu.

Walaupun begitu, mereka akhirnya berjaya menangkap hantu-hantu tersebut dan mereka lulus ilmu bomoh. Pak Mor dan Mustika mendapat tahu yang Asmat dan Punai kini menetap di kampung Wak Ketari. Lalu Pak Mor dan Mustika dengan bantuan hantu-hantu mereka berjaya menculik Seha. Wak Ketari yang dapat menilik dapat mengetahui anaknya diculik oleh Pak Mor dan Mustika mengarahkan Asmat dan Punai pergi menyelamatkannya. Dapatkah Asmat dan Punai menyelamatkan Seha daripada Pak Mor dan Mustika yang jahat itu? Sama-samalah menyaksikan filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 arahan Ahmad Idham.

Starring: Nora Danish, Cat Farish, Azlee Senario, Bob Kuman, Mazlan Senario, Ruminah Sidek, Lisa Surihani, Ebby Yus, Shaheizy Sam.

 

Filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Full Movie

 

…………………………………………………………………………………………

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind