Jangan Pandang Belakang Congkak (2009)

Poster Jangan Pandang Belakang Congkak

Jangan Pandang Belakang Congkak (2009)

Sinopsis:

Filem Jangan Pandang Belakang Congkak mengisahkan Pak Sudir (Piee), seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Sering dilihat Pak Sudir di beberapa tempat dalam satu masa. Melihat pada raut wajahnya, tiada siapa menyangka usianya telah mencecah hampir 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika (Lisa Surihani). Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku dan ini menggemparkan penduduk kampung. Mereka mengatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor (Azlee Senario) dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.

Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai (Mazlan Pet Pet), seorang penyeluk saku, Asmat (Cat Farish) bekerja di tempat letak kereta dan Johan (Shaheizy Sam) pula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir. Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mereka diberitahu bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah itu terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.

Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir padanya. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu menyebabkan mereka pengsan.

Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung.  Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama. Apakah kaitan peristiwa itu dengan mereka bertiga? Saksikanlah filem Jangan Pandang Belakang Congkak arahan Ahmad Idham dalam kategori komedi seram.

Starring: Shaheizy Sam, Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Lisa Surihani, Azlee Senario, Zarina Zainoordin, Mas Muharni, Piee, David Teo.

 

Filem Jangan Pandang Belakang Congkak Full Movie

 

…………………………………………………………………………………………………………………..

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind