Jangan Tegur (2009)

Poster Filem Jangan Tegur

Jangan Tegur (2009)

Sinopsis:

Filem Jangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita.

Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura.

Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri. Filem Jangan Tegur diarahkan oleh Pierre Andre.

Pelakon: Julia Ziegler, Pierre Andre, Nadia Mustafar, Almi Nadia, Elli Suriati, Azri Iskandar, Rozita Che Wan.

 

Filem Jangan Tegur Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind