Jogho (1999)

Poster Jogho

Jogho (1999)

Sinopsis:

Filem Jogho (Juara) mengisahkan Mamat (Khalid Salleh) terkenal kerana kehandalannya mengadukan lembu. Mamat sebenarnya adalah seorang pemain politik. Seorang politikus yang kalah dalam pilihanraya di sebuah daerah di Kelantan pada masa yang lalu. Untuk melupakan kisahnya yang lalu, beliau telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Selatan Thailand lalu membina hidupnya yang baru di situ.

Saat itulah, bermulanya era baru dalam hidup Mamat. Dunia laga lembu. Pada suatu hari, kawan baiknya, Mat Lazim (Baharuddin Omar) telah mati ditembak setelah pulang dari satu pertandingan laga lembu yang telah diadakan di daerahnya. Selepas kejadian itu, Mamat berazam dan bertekad untuk mencari dan menuntut bela di atas kematian kawan karibnya itu.

Dapatkah Mamat mencari dan menjumpai orang yang telah membunuh kawan karibnya itu? Bagaimanakah nasibnya sebagai Jogho selepas itu? Tontonlah filem Jogho arahan U-Wei hj Shaari yang diangkat dari novel Juara karangan S. Othman Kelantan.

Pelakon: Khalid Salleh, Normah Damanhuri, Sabri Yunus, Adlin Aman Ramli, Baharuddin Omar, Ijoy, Aznah Hamid, Leeza Jaafar.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind