Kami (1982)

Poster Kami

Kami (1982)

Sinopsis:

Filem Kami mengisahkan seorang pemuda bernama Tookoo (Sudirman) yang hanya belajar sampai darjah 6 sahaja dan hobinya suka menyanyi. Ibunya sudah meninggal dunia dan dia kini tinggal bersama ibu tiri dan bapanya. Disebabkan Tookoo tidak serasi dengan ibu tirinya, dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.

Di ibukota, Tookoo berkenalan dengan Din (Zul Zamanhuri), seorang kanak-kanak yang hidupnya terbiar. Sebelum ini Din tinggal bersama makciknya yang selalu menderanya menyebabkan Din melarikan diri dan ingin mencari ibu kandungnya.

Suatu hari semasa hujan, Din minta berteduh di tempat Tookoo berlindung iaitu sebuah banglo yang ditinggalkan. Sejak hari itu Din dan Tookoo menjadi kawan baik, dari situlah bermulanya kisah KAMI.

Tookoo dan Din mengharungi pelbagai rintangan dan halangan demi untuk meneruskan hidup. Filem ini diarahkan oleh Patrick Yeoh.

Lakonan : Sudirman, Zul Zamanhuri, Osman Zailani, Ho Kwee Leng, Ibrahim Din, Shariff Babu, Azmi Mohamad, Azizah Muslim, Norhayati Yaacob, Param Andhi, Balakrishnan Andhi, Ganesh Munusamy.

.

 

Filem Kami Full Movie

 

…………………………………………………………………………………………………………..

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind