Kapoww: Atoi The Ajaib Boy (2010)

Poster Kapoww: Atoi The Ajaib Boy

Kapoww: Atoi the Ajaib Boy (2010)

Sinopsis:

Filem Kapoww!! mengisahkan Atoi (Zizan Raja Lawak), seorang remaja yang sentiasa bernasib malang, menaruh cita-cita untuk menjadi seorang superhero yang hebat. Dia mahu menolong orang susah dan menjadi kebanggaan ibunya. Namun, dengan keadaan dirinya itu, Atoi sering dibuli dan diperkecilkan oleh gangster kampungnya yang diketuai oleh Faibo (Khir Rahman).

Hanya Aboo (Ngasrizal Ngasri), kawan baiknya membantu atoi untuk mendapatkan kuasa yang sudah lama diidamkannya itu. Aboo banyak merujuk dan membuat kajian kepada buku-buku komik seperti spiderman, superman, batman dan lain-lain. Melalui kajian itu, mereka mencuba pelbagai cara untuk menjadi kuat seperti disengat tebuan, kejutan elektrik, dilanggar keretapi dan pelbagai cara lagi… namun usaha mereka berdua sia-sia sahaja, malah menambah kekecewan dan kesedihan ibu Atoi.

Pada suatu petang, Dolet, iaitu kerbau Atoi tiba-tiba hilang kerana lari dari rumah. Dalam keadaan hujah lebat dan ribut petir yang sabung menyabung, Atoi berusaha mencari Dolet. Ketika Atoi berteduh di bawah sepohon pokok, dia disambar petir. Setelah tersedar daripada pengsan Atoi mendapati dirinya mempunyai kuasa superhero, dia boleh bergerak sepantas kilat, matanya pula setajam pisau…

Dalam masa yang sama, Persatuan Superhero Malaysia sedang mencari superhero baru untuk dilatih. Selepas menyelamatkan Siti (Lisa Surihani) daripada Faibo, dan disaksikan oleh Persatuan Superhero Malaysia. Atoi berjanji kepada penduduk kampungnya, yang beliau tidak akan melupakan mereka semua.

Dapatkah Atoi mengotakan janjinya itu apabila dia sudah terkenal kelak? Apakah yang akan berlaku seterusnya? Tontonilah filem grafik komedi Kapoww: Atoi the Ajaib Boy arahan Azizi Chunk …

Pelakon: Zizan Raja Lawak, Lisa Surihani, Ngasrizal Ngasri, Awie, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Rosnah Mat Aris, Norlia Ghani, Bob Ku2.

 

Kapoww: Atoi the Ajaib Boy Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. Anonymous says:

    Ya
    Please I WAnt To Watch IT!

  2. Link video update

Speak Your Mind