Karipap Karipap Cinta (2011)

Poster Filem Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta (2011)

Sinopsis:

Filem Karipap Karipap Cinta mengisahkan Ali (Gambit Saifullah) adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi diri. Dia bekerja di sebuah syarikat penerbitan. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu.

Dia jatuh hati pada Sarah (Melia Aimellia) yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian ragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamatkan oleh Sarah yang mempunyai kemahiran bersilat. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.

Dalam usaha untuk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari (Eman Manan) terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan. Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.

Setelah mengetahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya. Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat memecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen sulit tersebut.

Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan dokumen sulit yang dicurinya itu? Filem Karipap Karipap Cinta diarahkan oleh Othman Hafsam.

Pelakon: Gambit Saifullah, Melia Aimellia, Eman Manan, Sani Sudin, Rosnah Johari.

 

Filem Karipap Karipap Cinta Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind