Kecoh Betul (2010)

Poster Kecoh Betul

Kecoh Betul (2010)

Sinopsis:

Filem KECOH BETUL adalah sebuah filem aksi komedi yang mengisahkan tiga orang sahabat baik iaitu Aiman, Belon dan Joe yang bekerja sebagai dispatch delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota. Kehidupan mereka dipenuhi dengan keseronokan. Mereka akan melakukan apa sahaja asalkan mereka memperolehi wang untuk berseronok. Sebagai remaja kota mereka tidak terlepas dari melakukan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria.

Oleh kerana mereka mempunyai masalah kewangan, menyebabkan mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka sehingga mereka terjebak ke dalam kancah Ah Long. Mereka terpedaya dengan iklan oleh Ah Long untuk mendapatkan duit dengan cepat.

Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri iaitu mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya akibat kes ragut sebelum ini. Dayana seorang gadis yang pernah diperdaya oleh teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang pengedar pil ectasy membuatkan Aiman bertekad untuk mengubah hidup Dayana. Belon terpikat dengan tuan rumah sewanya Salmah, seorang ibu tunggal kerana dia lebih meminati wanita yang lebih tua darinya. Manakala Joe terpikat dengan anak gadis Salmah, iaitu Yatt@Yati yang agak kasar perwatakannya.

Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka. Dayana telah diculik kerana ketiga-tiga mereka tidak berjaya melunaskan hutang. Mampukah mereka menyelamatkan Dayana? Mampukah mereka mendapatkan wang untuk melunaskan hutang-hutang mereka? Bagaimana mereka mengatasi kekecohan ini? Saksikanlah semuanya dalam filem KECOH BETUL.

Pelakon: Nabil, Saiful Apek, Diana Danielle, Yatt, Datuk Aziz Sattar, Nasrizal Ngasri, Fauziah Nawi.

 

Kecoh Betul Full Movie

 

………………………………………………………………………………………………………….

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. aril efendi says:

    kenape yang full movie tuuu tax dapat di lihat…? mohon bantuanye, karne saye lebih suke download single file

  2. nurul afiqah says:

    cerita yg sangt best

  3. Anonymous says:

    best laa

  4. kamal says:

    best giler

Speak Your Mind