Kecoh! Hantu Raya Tok Chai (2013)

Poster Filem Kecoh! Hantu Raya Tok Chai

Kecoh! Hantu Raya Tok Chai (2013)

Sinopsis:

Filem Kecoh Hantu Raya Tok Chai mengisahkan di sebuah kampung terpencil, tinggal Tok Chai yang merendah diri dan membela seekor Hantu Raya. Hantu Raya tersebut memberi Tok Chai hidup yang senang tetapi semua benda yang baik harus berakhir.

Cerita bermula apabila Tok Chai meninggal dunia, yang merisaukan Hantu Raya tersebut kerana pengebumian Tok Chai bererti pengakhirannya. Oleh itu, Hantu Raya cuba menghentikan penduduk kampung dari mengebumikan Tok Chai.

Dengan kebijaksanaan Tok Imam dan usaha Ebby, Koperal Lisa, Tok Penghulu, Sarjan dan pengikut mereka, mereka bertekad untuk mengebumikan Tok Chai sebelum fajar menyingsing. Berjayakah mereka?

Filem Kecoh! Hantu Raya Tok Chai diarahkan oleh Opie Zami.

Pelakon: Saiful Apek, Intan Ladyana, Azrul Cham, Kuswadinata, Sobri Anuar, Sathiya.

 

Filem Kecoh! Hantu Raya Tok Chai Full Movie

 

………………………………………………………………………………………………………………….

 

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind