Kembar Siang (2011)

Poster Kembar Siang

Kembar Siang (2011)

Sinopsis:

Filem Kembar Siang mengisahkan tentang kehidupan sepasang kembar seiras Awal dan Awi (Kamal Adli). Awal adalah seorang yang normal tetapi adiknya Awi merupakan seorang yang sedikit terencat dan lurus bendul kerana semasa kecil dia pernah mengalami demam panas yang berpanjangan. Walaupun Awi begitu, tetapi dia mempunyai daya ingatan dan kemahiran mengira yang sangat luar biasa dan sering memberi tuisyen kepada Mazli dan Izan, anak sekolah yang sering menemaninya. Kedua kembar ini mewarisi rumah dan kedai runcit peninggalan arwah bapa mereka Haji Sabran (Zaibo). Mereka menguruskan kedai runcit itu dengan Awal sebagai bos dan Awi menjadi pekerjanya. Kedai mereka mempunyai saingan dengan sebuah lagi kedai runcit di seberang jalan milik Pak Din Duda (Sabri Yunus).

Arwah bapa mereka pernah berpesan kepada mereka bahawa dalam perniagaan mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan jika hendak maju. Berbeza dengan sikap dan perangai Pak Din Duda yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan walau dengan apa cara sekalipun. Dia yang sudah tiga kali menduda mempunyai seorang pekerja, Mak Yam (Syanie). Dia tidak dibayar gaji tetap, tetapi dibayar berdasarkan komisyen pada setiap jualan yang berjaya dilakukannya. Namun begitu komisyen yang diperolehinya sangat sedikit. Pelanggan Kedai Pak Din Duda sangat sedikit kerana tidak mempunyai banyak bilihan barangan dan harganya pula sangat mahal.

Kerajinan Awi dilihat oleh Pak Din Duda dan mahu mengambil Awi bekerja di kedainya kerana dia sendiri lebih suka berehat dari bekerja. Pak Din Duda memujuk Awi supaya bekerja dengannya dan berjanji akan mencarikan seorang gadis cantik jadi sebagai isteri Awi. Tetapi rahsia Pak Din Duda terbongkar bila dia sendiri tidak dapat membezakan yang mana Awi dan yang mana Awal.

Apakah kesudahan kisah ini? Tontonilah ini untuk mengetahui kisah selanjutnya… Filem Kembar Siang diarahkan oleh Hatta Azad Khan.

Pelakon: Kamal Adli, Intan Ladyana, Mat Over, Sabri Yunus, Sathiya, Syanie, Zul Handyblack, Zaibo, Rozita Che Wan, Mazlan Pet Pet, Hamid Gurkha.

 

Filem Kembar Siang Full Movie

 

……………………………………………………………………..

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. orang says:

    the video no longer anymore

Speak Your Mind