Kembara Seniman Jalanan (1986)

Poster Kembara Seniman Jalanan

Kembara Seniman Jalanan (1986)

Sinopsis:

Filem Kembara Seniman Jalanan membawakan kisah Bujang (M. Nasir) yang merantau ke ibukota untuk mencuba nasib menjadi seorang anak seni telah bertembung secara tidak sengaja dengan Osman Tikus (Pyan Habib) di Hentian Puduraya. Osman adalah seorang pemuda yang melakukan kegiatan menyeluk saku. Pertembungan itu mengakibatkan Bujang kehilangan dompetnya kerana dicuri oleh Osman.

Kehilangan dompet itu hanya disedari oleh Bujang setelah dia hendak membayar wang kepada Brader Joe (Imuda) iaitu seorang pemilik kedai burger. Oleh kerana kebaikan Brader Joe, Bujang tidak perlu membayar burger yang dibelinya. Selepas itu Bujang meneruskan perjalanannya ke Studio rakaman milik En Johan, iaitu seorang pengusaha syarikat rakaman bumiputera yang terlibat dengan kegiatan cetak rompak.

Bujang dipersenda dan diperlekehkan oleh En Johan kerana penampilannya yang “rugged”. Semasa ujibakat Bujang mendendangkan lagu “Rupa Tanpa Wajah” secara akustik dan dalam diam-diam En Johan telah merakam dan menciplak lagu tersebut dan diberikan kepada penyanyi pop superstar bernama Fareez (Shah Reza). Di Studio itu Bujang bertemu dengan Khaty, seorang wartawan hiburan.

Bujang yang tidak mempunyai peluang menjadi artis rakaman telah didorong oleh Brader Joe untuk membuat persembahan secara terbuka di kaki lima bangunan-bangunan. Ketika membuat persembahannya, dia sering ditemani oleh Osman yang turut mengambil kesempatan menyeluk saku. Mereka adakalanya dihalau oleh Pihak Berkuasa kerana dituduh mengemis di tempat beliau mengadakan persembahan.

Adakah Bujang berjaya mengejar impiannya untuk menjadi seorang superstar? Ikutilah liku-liku kehidupan yang dilalui oleh Bujang dalam filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani…

Pelakon : M. Nasir, Khatijah Ibrahim, Pyan Habib, Dr. Sam, Imuda, Dato Shah Reza, M. Rajoli.

.

Part 01

 

Part 02

 

part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

 

Part 13

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind