Khurafat (2011)

Poster Khurafat

Khurafat (2011)

Sinopsis:

Filem Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama. Tapi manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Johan (Syamsul Yusof) seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah (Liyana Jasmay). Pasangan ini diawal perkahwinan mereka hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun mereka tetap terus diganggu. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi kepada Johan.

Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna (Sabrina Ali) yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini. Anna sentiasa mengambil peluang menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama dengan Aishah menyebabkan dia bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati kerana membunuh diri dengan mayatnya didapati tergantung. Kematian Anna adalah kemuncak kepada perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah membuatkan Johan menjadi semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri yang dialami oleh Johan selama ini.

Johan akhirnya akur dengan kesilapan di masa silamnya. perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.

Akhirnya apakah kesudahan Khurafat? Tontonilah filem arahan Syamsul Yusof ini untuk kisah selanjutnya…

Pelakon: Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Fauziah Nawi, Mariani, Latiff Borgiba.

 

Filem Khurafat Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind