Konstabel Mamat (1990)

Poster Konstabel Mamat

Konstabel Mamat (1990)

Sinopsis:

Filem Konstabel Mamat mengisahkan Mamat (Salleh Yaacob) seorang Konstabel Polis digantung kerja selama tiga tahun kerana lalai menjalankan tugas semasa menangkap ketua kumpulan jenayah, Mail Musang (Latif Ibrahim) yang menjalankan kegiatan pelacuran di kawasan Bandar. Kelalaiannya menyebabkan Mail Musang dapat melepaskan diri walaupun dia telah berjaya menangkapnya. Mamat seorang yang lucu tetapi disebaliknya dia mempunyai ilmu mempertahankan diri.

Walaupun digantung kerja, Mamat selalu menggagalkan kegiatan jenayah di bandar kerana baginya itu adalah tanggungjawabnya. Ini menimbulkan kemarahan ketua kumpulan itu. Mail Musang lalu mengarahkan seorang gadis untuk membunuhnya tetapi perwatakan Mamat yang baik membuatkan gadis itu tidak sampai hati untuk membunuhnya.

Apakah yang akan berlaku seterusnya. Tontonilah filem ini untuk mengetahuinya… Filem Konstabel Mamat diarahkan oleh Z. Lokman.

Pelakon: Salleh Yaacob, Ziela Jalil, Kuza, Latif Ibrahim, Hamid Gurkha, Sidi Oraza, Rosnah Mat Aris, Zain Yahya.

Filem Konstabel Mamat Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind