Lagenda Budak Setan (2010)

Poster Lagenda Budak Setan

Lagenda Budak Setan (2010)

Sinopsis:

Filem Lagenda Budak Setan mengisahkan Kasyah (Farid Kamil) bersama rakan sekumpulannya, Sapi (Nubhan AF6), Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat kacau dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin di tempat mereka belajar. Mereka melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu (Lisa Surihani). Ayu telah benar-benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuatkan dia jatuh cinta terhadapnya. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah maka bermulalah episod baru dalam hidup Kasyah.

Suatu hari Kasyah perlu ke pedalaman untuk melakukan tugasan kajian tesisnya. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi (Que Haidar) yang suatu waktu dulu pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali untuk menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha (Sheila Mambo), Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura-pura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi menyebabkan Kasyah menjadi kecewa. Kebahagian yang diharapkannya bersama Ayu kini cuma tinggal impian.

Azmi yang sudah bernikah dengan Ayu kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul nekad bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan.

Apakah yang akan berlaku seterusnya. Filem Lagenda Budak Setan yang diadaptasikan dari Novel karangan Ahadiat Akashah ini diarahkan oleh Sharad Sharan.

Pelakon: Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Fazura, Raja Farah, Sheila Mambo.

 

Filem Lagenda Budak Setan Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. ilas kecik says:

    nk tngok balik crita ni

Speak Your Mind