Leftenan Adnan (2000)

Poster Leftenan Adnan

Leftenan Adnan (2000)

Sinopsis:

Filem Leftenan Adnan adalah sebuah filem tentang perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi (Hairie Othman) berminat untuk menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Namun keranan keinginannya yang mendalam, Adnan nekad bersama beberapa orang rakannya keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Diskson.

Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London.

Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh pihak musuh. Filem Leftenan Adnan adalah arahan Aziz M. Osman.

Pelakon: Hairie Othman, Umie Aida, Farid Amirul, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Wahid Senario, M. Osman, Shaharuddin Thamby, Sherie Merlis, Rambo, T.S Jeffry, Zul Yahya.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

 

Part 13

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind