Libas (2011)

Poster Filem Libas

Libas (2011)

Sinopsis:

Filem Libas mengisahkan Adnan Saladin (Rosyam Nor) seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand).

Kecederaan berlaku semasa perlawanan kepada tekong Malaysia (Dali) mengakibatkan Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut setelah Adnan Saladin gagal menahan libasan kuat AK Nangnon. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas.

Dapatkan Adnan Saladin mempertahankan bola warisan itu dari jatuh ke tangan peserta Thailand. Filem Libas diarahkan oleh Jurey Latiff Rosli.

Pelakon: Rosyam Nor, Scha Al Yahya, Johan, Beego, Mohd Fadzly, Sabri Yunus.

 

Filem Libas Full Movie

 

…………………………………………………………………………………………………………

 

 

…………………………………………………………………………………………………………………….

 

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind