Los Dan Faun (2008)

Poster Los dan Faun

Los dan Faun (2008)

Sinopsis:

Filem Los dan Faun mengisahkan mengenai dua orang budak kampung Carlos Rodrigo (Hans Isaac) dan Ahmad Faun Sulaiman (Adlin Aman Ramlie) yang berasal dari keluarga miskin berketurunan melayu dan seorang budak serani berketurunan Portugis. Mereka telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur demi mencari tempat mereka di bumi ini. Berbagai kerja yang telah mereka lakukan tetapi kejujuran dan keikhlasan Faun selalunya membuatkan mereka sering dipecat.

Tetapi semuanya berubah apabila Faun pada suatu hari telah membantu tuan empunya kedai yang baru saja memecat mereka, kehilangan dompet beliau lalu dibantu oleh Faun yang dapat tahu dimana letaknya dompet tersebut. Kemahiran Faun didalam mencari benda-benda hilang dengan menggunakan ‘power of deduction’ membolehkan mereka membuka satu perniagaan. Ini kerana Los adalah seorang yang bijak di dalam bidang pemasaran. Hari demi hari, perniagaan mereka bertambah maju, duit mencurah-curah datang kepada mereka. Pengiklanan servis mereka yang pada awalnya hanyalah sekadar iklan kecil di dalam surat khabar telah berpindah ke iklan di tv dan radio yang kosnya jauh lebih mahal.

Seorang Datin yang kebetulan menonton iklan mereka memerlukan pertolongan Los dan Faun bagi menjejaki semula jam tangan peninggalan suaminya yang telah hilang dimana nilai jam tangan tersebut adalah RM40 juta. Tapi dengan tiba-tiba kehebatan Faun dalam mencari klu-klu untuk menjejaki jam tersebut seolah-olah tidak berjaya dan seakan menemui jalan buntu.

Berjayakah Los dan Faun menjumpai jam tangan tersebut untuk membolehkan mereka menjadi jutawan seperti yang mereka impikan selama ini? Tontonilah filem arahan Afdlin Shauki ini..

Pelakon: Hans Isaac, Adlin Aman Ramlie, Afdlin Shauki, Erra Fazira, Ida Nerina, AC Mizal, Stephen Rahman Hughes.

Filem Los Dan Faun Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind