Manis-Manis Sayang (1983)

Poster Manis-Manis Sayang

Manis-Manis Sayang (1983)

Sinopsis:

Filem Manis-Manis Sayang mengisahkan Jalil (A.R Badul) telah menghantar surat berhenti kerja kerana terlalu marah dengan Pengarah Urusan yang memalukannya di hadapan orang ramai. Sementara itu, Pengarah Urusan mendapat perintah untuk menghantar seorang pegawai ke luar negeri. Oleh kerana bencikan Jalil dan ingin memisahkannya dari Rosnah, Pengarah Urusan itu pun mencadangkan Jalil dihantar ke luar negeri.

Jalil yang mendapat berita itu cukup gembira dan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kembali surat notis itu sebelum ianya sampai ke tangan Pengarah Urusan. Kebetulan sampul surat yang sama yang berada di atas meja Pengarah Urusan tetapi di dalamnya berisi sepucuk surat mengenai kegiatan penyeludupan yang dijalankannya secara haram.

Bagi mengelak rahsianya dari terbongkar, Pengarah Urusan telah memujuk Jalil untuk memberikan semula suratnya. Dia juga berjanji akan memberikan hadiah yang lumayan kepada Jalil jika surat itu dikembalikan. Filem Manis-Manis Sayang diarahkan oleh M. Amin.

Pelakon: A.R Badul, Hussein Abu Hassan, Maria Arshad, Sukarni Jaafar.


Filem Manis-Manis Sayang Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind