Mantra (2010)

Poster Mantra

Mantra (2010)

Sinopsis:

Filem Mantra dalam kategori seram ini mengetengahkan kisah penggunaan ilmu hitam di dalam masyarakat kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Filem ini mengisahkan Muzir (Zul Handyblack) dianiaya oleh Hasbi (Hasnul Rahmat) demi melengkapkan ilmu hitam yang dipelajarinya di samping ingin memiliki isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang tidak lama lagi akan menemui ajalnya. Namun begitu, ilmu Muzir tidak cukup sempurna kerana bilik kurungannya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat terdesak dan cintanya yang mendalam terhadap isterinya, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu dia dikehendaki memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik kurungan Muzir. Di samping itu dia dikehendaki menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka, sejak itu bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

Bagaimanakah kesudahan kisah ini, tontonilah filem MANTRA untuk mengetahui jawapannya… Filem ini diarahkan oleh Azhari Mohd Zain.

Pelakon: Zul Handyblack, Hasnul Rahmat, Hamdan Ramli, Mas Muharni, Bob Lokman, Ruzaidi Abdul Rahman, Mariani, Ana Dahlia.

 

Filem Mantra Full Movie

 

………………………………………………………………………………..

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. ok

  2. ruqa says:

    yep, the video no longer available..
    please reupload..thank u..

Speak Your Mind