Nasi Lemak 2.0 (2011)

Poster Filem Nasi Lemak 2.0

Nasi Lemak 2.0 (2011)

Sinopsis:

Filem Nasi Lemak 2.0 mengisahkan Chef Huang (Namewee) menghadapi kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun bertentangan dengan masakannya yang kurang popular, dia dikenali sebagai ‘Hero Huang’ di kawasan kejiranannya.

Chef Huang akan membantu komunitinya sehingga dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkan dia terjebak dengan masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaaan restorannya Chef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja gerai wanita penuh misteri (Adibah Noor) yang mengarahkan beliau memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya.

Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu dengan ramai ‘hero tempatan’ yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui semula asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam ‘nasi lemak’…

Filem Nasi Lemak 2.0 diarahkan oleh Namewee.

Pelakon: Afdlin Shauki, Adibah Noor, Nur Fathia, Reshmonu, Namewee, Dennis Lau.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind