Ngangkung (2010)

Poster Ngangkung

Ngangkung (2010)

Sinopsis:

Filem Ngangkung mengisahkan seorang pemandu lori, Azim (Shaheizy Sam), seorang pemandu lori yang hidup serba sederhana bersama isteri dan anak perempuannya di dalam sebuah kampung di pinggir bandar. Dia mempunyai dua orang sahabat baik iaitu Tasnim (Azad) dan Wan (Angah Raja Lawak). Dua orang sahabatnya merupakan ‘kaki ekor’ dan isteri mereka mengetahui aktiviti yang selalu dilakukan oleh suami masing-masing.

Oleh kerana kesempitan dan desakan hidup yang dialami oleh Azim, membuatkan dia terpengaruh dengan aktiviti sahabat baiknya itu walaupun sebelum ini dia tidak pernah mengendahkan aktiviti yang selalu dilakukan oleh sahabatnya. Dia juga terdorong oleh kejayaan Tasnim yang berjaya mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil melakukan ngangkung. Bermula dengan hanya sekadar melihat apa yang dilakukan oleh Tasnim dan Wan, semakin hari timbul keinginan Azim untuk mengikut sahabatnya itu walaupun secara senyap tanpa pengetahuan isterinya.

Terdorong untuk mendapatkan nombor ekor untuk dibeli, Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka temui. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Kehidupan Azim menjadi berubah dengan ketara apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Kejadian yang berlaku pada suatu hari telah benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kejadian yang berlaku itu? Berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam filem Ngangkung.

Pelakon: Shaheizy Sam, Azad, Angah Raja Lawak, Putri Mardiana, Eira Syazira, Echa, Azlee Senario, Reanna, Mazlan Pet Pet.

 

Filem Ngangkung Full Movie

 

…………………………………………………….

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind