Niyang Rapik (2010)

Poster Niyang Rapik

Niyang Rapik (2010)

Sinopsis:

Filem Niyang Rapik mengisahkan tentang kematian Zack (Fizz Fairuz) yang penuh misteri benar-benar telah memeranjatkan 4 rakan karibnya iaitu Helmi (kamal Adli), Saiful (Zed Zaidi), Zizan (Shaheizy Sham) dan Amir (Awal Ashaari). Mereka semua merupakan lepasan pelajar jurusan Kajian Sejarah di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan.

Ibu Zack memberitahu mereka yang dia sudahpun menderita sakit selepas pulang dari kampung Niyang Rapik. Setelah diselidiki, mereka berempat mendapati Zack telah mengambil sebuah Kendil lama dari kampung Niyang Rapik sewaktu mereka melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di kampung itu.

Atas nasihat seorang bomoh, mereka berempat diarah untuk memulangkan kembali Kendil yang diambil oleh Zack kerana dikhuatiri ianya adalah penyebab Zack menderita sebelum ajalnya. Untuk ke Kampung Niyang Rapik mereka perlu melalui jalan air dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke sana.

Oleh kerana terlalu jauh, mereka bermalam di tengah perjalan sebelum menyambung semula perjalanan mereka pada keesokkan harinya. Di sepanjang perjalanan itu, mereka mengalami berbagai peristiwa aneh. Bermula dengan Amran yang merasa dirinya kepanasan yang teramat semasa tidur seperti dirinya dibakar-bakar. Mereka juga sering diganggu oleh puaka rimba di mana mereka merasa seperti ada sesuatu yang mengekori dan memerhati gerak-geri mereka.

Bagaimanakah kesudahannya apabila mereka tiba di Kampung Niyang Rapik untuk memulangkan kendil yang diambil oleh Zack? Tontonlah filem Niyang Rapik arahan Ahmad Idham untuk mengetahu kisah selanjutnya…

Pelakon: Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Zed Zaidi, Awal Ashaari, Shaheizy Sham, Kamal Adli, Liyana Jasmay, Dian P. Ramlee, Ahmad Tarmimi Siregar, Shahronizam Noor.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. Magesh says:

    Video no longer available

Speak Your Mind