Papadom (2009)

Poster Papadom

Papadom (2009)

Sinopsis:

Filem Papadom mengisahkan seorang ahli peniaga nasi kandar yang berjaya, Saadom (Afdlin Shauki) yang telah diamanahkan oleh arwah isterinya untuk menjaga anak mereka, Mia (Liyana Jasmay) dengan baik. Demi menunaikan amanah arwah isterinya, daripada seorang peniaga yang sentiasa sibuk dengan tugasnya, Saadom telah berubah demi memastikan anaknya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan terhadapnya.

Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Ini membuatkan Mia merasa sedikit malu. Pada waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka memberi alasan mahu diet. Demi memastikan keselamatan Mia, Saadom sering juga masuk ke dalam kawasan sekolah tempat Mia belajar. Sehinggakan kadang-kadang Saadom diusir keluar oleh pengetua sekolah tersebut.

Masalah besar timbul apabila habis persekolahan, Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya kerana dia mahu bebas daripada kongkongan bapanya. Keadaan ini menyebabkan Saadom menjadi panik kerana takut tidak dapat menunaikan janjinya terhadap arwah isterinya supaya menjaga Mia dengan baik.

Mampukah Mia menggenggam segulung ijazah dengan pengawasan yang sedemikian rupa yang diberikan oleh bapanya Saadom?!! Tontonilah filem Papadom arahan Afdlin Shauki untuk mengetahui kisah yang berlaku selanjutnya…

Pelakon: Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Noorkhiriah, Vanidah Imran, Farid Kamil, Scha, Chelsia Ng, Que Haidar, Harun Salim Bachik.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind