Pasrah (2000)

Poster Filem Pasrah

Sinopsis:

Filem Pasrah mengisahkan Kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dia dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia.

Walaupun ramai lelaki cuba mendampinginya, tetapi Farah menolak semua cinta lelaki lain kerana kesetiaannya tetap kepada Hafsham, seorang eksekutif muda yang dikenalinya sejak enam tahun yang lalu. Dalam kerjayanya sebagai seorang peragawati, Farah sering menghadapi dugaan dan godaan. Natasha ialah seorang peragawati yang cemburu dengan kejayaan Farah, dan cuba menyainginya.

Kesibukan Farah membuatkan masanya untuk bersama Hafsham agak terhad. Kesempatan ini telah dipergunakan oleh Natasha untuk mendapatkan Hafsham. Hubungan antara Farah dan Hafsham mula menampakkan bibit-bibit keretakan apabila kesangsian Hafsham terhadap Farah semakin menebal.

Semuanya gara-gara perbuatan Natasha. Namun, sebagai gadis yang setia dengan cinta, Farah cuba memperbaiki hubungannya dengan Hafsham.

Filem Pasrah diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam.

Pelakon: Erra Fazira, Norman Hakim, Wilma Muhammad, Abby Abadi, AC Mizal, Lan Pet Pet.

 

Filem Pasrah Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind