Penyamun Tarbus (1981)

Poster Penyamun Tarbus

Penyamun Tarbus (1981)

Sinopsis:

Filem Penyamun Tarbus mengisahkan seorang pengarah sebuah syarikat Tuan Syed yang selalu cuba mengelak dari membayar cukai dan menyimpan rekod di dalam sebuah peti besi. Rekod dan tarbusnya dicuri oleh tiga orang penyamun Aziz Sattar, Ibrahim Pendek dan Sudin, kerana mereka tidak berpuashati dan ingin membalas dendam ke atas Tuan Syed yang menolak permohonan kerja mereka dengan memberi alasan mereka sudah berumur.

Walaupun dokumen itu penting, namun Tuan Syed tidak berani membuat laporan kepada pihak polis mengenai rompakan tersebut kerana dikhuatiri rahsianya akan terbongkar. Oleh sebab itu, Tuan Syed mengupah beberapa orang penyiasat persendirian iaitu Badul, Raja Ismail, Aznah dan Jastina untuk menjejaki penyamun-penyamun itu.

Berjayakah mereka menjejaki penyamun tersebut? Tontonilah filem Penyamun Tarbus untuk mengetahui jawapannya… Filem ini diarahkan oleh Datuk Aziz Sattar.

Pelakon: Aziz Sattar, Ibrahim Pendek, S. Shamsuddin, Mahmud June, AR Badul, Raja Ismail dan Aznah Hamid.

 

Penyamun Tarbus Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind