Perempuan, Isteri dan …..? (1993)

Poster Perempuan, Isteri dan …..?

Perempuan, Isteri dan …..? (1993)

Sinopsis:

Filem Perempuan, Isteri dan …..? mengisahkan seorang perempuan bernama Zaleha (Sofea Jane) melarikan diri dari kampungnya bersama dengan kekasihnya Jalil (Jamaluddin Abd Kadir) ke Selatan Thailand pada hari perkahwinannya dengan Amir (Nasir Bilal Khan). Mereka berdua lalu berkahwin di sana.

Semenjak kejadian itu, Amir menyimpan dendam dan berusaha menjejaki Zaleha untuk menebus malunya pada masa lalu. Setelah Amir menjumpainya, Zaleha diperkosa dan dijual kepada Som Chai dan dipaksa menjadi pelacur. Namun dendam Amir terhadap Zaleha masih belum terpadam, setelah 6 bulan dia kembali ke tempat di mana dia menjual Zaleha untuk mengambilnya kembali lalu Zaleha dibawa pulang ke kampungnya.

Di dalam perjalanan itu, Zaleha berjaya memerangkap fikiran Amir dan mereka akhirnya berkahwin. Semasa di kampung, Zaleha mula mencetuskan pelbagai kontroversi yang mana bakal memusnahkan kehidupannya.

Apakah kontroversi yang dilakukan Zaleha? Bagaimana pula dengan kehidupan Amir selepas itu? Sama-samalah menonton Filem Perempuan, Isteri dan …..? arahan U-Wei Hj Shaari yang pernah menimbulkan kontroversi ini.

Pelakon: Sofea Jane, Nasir Bilal Khan, Fetty Dzul, Normah Damanhuri, M. Rajoli, Zaidi Omar, Johari Yusof, Ali Rahman, Ramlee Salleh.

Filem Perempuan, Isteri dan …..? Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind