Puteri Gunung Ledang (2004)

Poster Puteri Gunung Ledang

Puteri Gunung Ledang (2004)

Sinopsis:

Filem Puteri Gunung Ledang mengisahkan tentang Empayar Majapahit yang dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Dumilah.

Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah. Gusti Adipati terpaksa menjalin perkaitan dengan Melaka dengan menawarkan adiknya pada Sultan Mahmud Shah pula. Gusti Putri menentang perkahwinan tersebut kerana cintanya hanya pada Hang Tuah. Sultan Mahmud menghantar utusan yang diketuai oleh Hang Tuah ke Gunung Ledang, tetapi dihalang oleh kuasa ajaib Gusti Putri.

Akhirnya, setelah menghadapi pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat setianya hanya pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.

Filem Puteri Gunung Ledang diarahkan oleh Saw Teong Hin.

Pelakon: Tiara Jacquelina, M. Nasir, Alex Komang, Adlin Aman Ramli, Datuk Rahim Razali, Sofea Jane, Khir Rahman, Sabri Yunus, Melissa Saila.

 

Filem Puteri Gunung Ledang Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. jazmyn says:

    Why did you removed the whole video? :( I gotta do a movie review about this and.. I can’t seem to find a way out to watch the movie. :/

  2. Aishah AB says:

    oh pleaseee… it says “diz vid doesnt exists” T.T

Speak Your Mind