Raja Bersiong (1968)

Poster Filem Raja Bersiong

Raja Bersiong (1968)

Sinopsis:

Filem Raja Bersiong mengisahkan Raja Ong Maha Perita Deria memerintah Negeri Kalaha. Baginda yang disanjungi rakyatnya itu mula berkelakuan aneh setelah baginda didatangi Raja Gergasi yang merupakan jelmaan jin. Raja Gergasi tersebut meminta baginda agar menyembahnya sebagai tuhan agar baginda sentiasa berkuasa di dalam kerajaannya.

Oleh kerana baginda terpengaruh dengan Raja Gergasi, baginda mengubah agamanya dan memaksa rakyatnya serta seluruh isi istana agar mengikut agama yang baru. Pada suatu hari, baginda murka kerana masakan yang dihidang kepadanya tidak enak.

Namun, dia akhirnya berselera semula dan bertanya kepada tukang masaknya mengenai ramuan digunakan. Tukang masak itu memberitahu darahnya masuk ke dalam makanan raja kerana tangannya terluka. Sejak hari itu, Raja Ong terus menggemari darah sehingga tumbuh siung diantara gigi manis dan baginda digelar sebagai Raja Bersiung.

Filem Raja Bersiong diarahkan oleh Jamil Sulong.

Pelakon: Ahmad Mahmud, Sarimah, Haji Mahadi, Udo Omar, Malek Sutan Muda, Aziz Jaafar, Nor Azizah, Zaiton, Normadiah.

 

Filem Raja Bersiong Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind