Rasukan Ablasa (2009)

Poster Filem Rasukan Ablasa

Rasukan Ablasa (2009)

Sinopsis:

Filem Rasukan Ablasa mengisahkan tentang kejahatan yang terbentuk di masa silam tentang Omar yang memuja iblis untuk mendapatkan ketaatan isterinya Laila. Namun pemujaanya hanya menyebabkan isterinya menjadi curang. Satu hari Omar telah ternampak Laila sedang berasmara dengan Nordin. Dalam keadaan marah, Omar memancung kepala Laila dan Nordin. Orang kampung telah mengetahui tentang kejadian itu lalu membakar Omar beserta rumahnya.

50 tahun kemudian, Asyraf, anak cucu Omar, kembali ke tanah lapang di Kampung Bukit Gemuruh, tempat kejadian ngeri itu. Iblis yang tertanam di bumi hidup semula dengan kehadiran Ashraf. dan kawan-kawanya Jimmy, Kim,Elly Ad, dan GG telah terjumpa peti pemujaan Omar yang mana terdapat alat muzik yang mengeluarkan bunyi aneh.

Setelah membawa pulang peti tersebut, kehidupan mereka terganggu oleh kejahatan yang terbebas itu. Ashraf mencari jalan keluar untuk menentang kejahatan. Inilah kisah ABLASA…

Filem Rasukan Ablasa diarahkan oleh Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

Pelakon: Fouziah Ghous, Gambit Saifullah, Almy Nadia, Yusry Abd Halim, Dato’ Jalaluddin Hasan.

 

Filem Rasukan Ablasa Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind