Raya Tak Jadi (2011)

Poster Filem Raya Tak Jadi

Raya Tak Jadi (2011)

Sinopsis:

Filem Raya Tak Jadi mengisahkan Leo seorang ahli perniagaan yang bakal mengalami kerugian kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan (Dato’ Jalaluddin Hasan).

Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu (Iedil Putra) untuk menculik Hj. Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib (Shaiful Apek) iaitu pemandu teksi tersebut.

Shuib mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob (Johan). Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangka telah mati di dalam boot teksi mereka. Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu.

Tiba-tiba mayat yang disangka telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.

Bagaimanakah kisah yang akan berlaku seterusnya. Filem Raya Tak Jadi diarahkan oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Pelakon: Shaiful Apek, Johan, Dato’ Jalaluddin Hasan, Iedil Putra, Wan Sharmila, Noreen Noor.

 

Filem Raya Tak Jadi Full Movie

 

…………………………………………………………………………………………………………

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind