Rock (2005)

Poster Rock

Rock (2005)

Sinopsis:

Filem Rock ini mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda dalam tahun 80-an yang menubuhkan sebuah band rock yang diberi nama Rimba Bara. Kumpulan ini dianggotai oleh Zubir (Hasnul Rahmat) atau lebih dikenali sebagai Zack – guitarist, Jijo (Khir Rahman) – bass, Black (Norazmi Bahron) – drummer, Amy (Que Haidar) – vocalist kadang-kadang main tamborine dan Zul Kapan (Shoffi Jikan) – vocalists 2.

Mereka mengharungi pelbagai peristiwa yang mencabar dan penuh lucu demi mengejar cita-cita untuk menjadi sebuah kumpulan rock yang berwibawa dan berwawasan. Impian untuk menjadi terkenal semakin meluap-luap apabila mereka mengetahui satu pertandingan Battle of The Bands iaitu pertandingan untuk mencari sebuah band rock terbaik akan diadakan di tempat mereka.

Untuk memenangi acara Battle Of The Bands itu mereka terpaksa melalui peringkat saringan yang mana pada peringkat ini menyaksikan beberapa kehadiran band-band yang lebih mahir dan matang. Ditambah pula dengan kehadiran Zul Kapan And The Malaikat Maut, sebuah band yang hebat membuatkan mereka gusar dan harus berlatih dengan lebih keras bagi mempastikan mereka memenangi pertandingan tersebut. Dari segi penampilan ahli kumpulan pula, mereka terpaksa mencari bahan-bahan untuk mempamerkan diri mereka sebagai rockers yang sebenar-benarnya. Seluar PVC, baju glamrock dan kasut Aliph merupakan gear yang begitu sangat dititikberatkan bagi sesebuah kumpulan rock.

Memandangkan mereka mempunyai sumber kewangan yang serba kekurangan, mereka terpaksa melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan bahan-bahan termasuklah menggunting kain seat bas untuk mendapatkan bekalan PVC.

Beberapa hari sebelum pertandingan bermula, Zack mengalami dilema di mana ayahnya menyuruhnya menghadiri satu temuduga untuk bekerja di pejabat pos memandangkan Zack sudah begitu lama tidak bekerja.

Dapatkah Zack memenuhi impiannya untuk menjadikan Band Rimba Bara sebuah band yang terkenal dan digilai peminat? Bagaimana pula dengan arahan bapanya untuk beliau bekerja dengan Pejabat Pos? Saksikanlah Filem Rock arahan Mamat Khalid ini untuk mengetahui kisah yang berlaku selanjutnya…

Pelakon: Hasnul Rahmat, Que Haidar, Khir Rahman, Norazmi Bahron, Shoffi Jikan, Ejad, Nabila, S. Amin Sahab, Jaafar Onn, Loloq, Amy Search, Man Kidal, Nasir Jani.

 

Filem Rock Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. antom says:

    video no longer available

  2. ayen says:

    video no longer anymore…

    please reupload! ::D

Speak Your Mind