Sayang Salmah (1995)

Poster Sayang Salmah

Sayang Salmah (1995)

Sinopsis:

Filem Sayang Salmah berkisar tentang kehidupan masyarakat Melayu sekitar tahun 1955-1960 yang mengungkap erti cinta kepada bangsa dan negara berasaskan kepada sejarah dan semangat perjuangan negara.

Keadaan ini diungkapkan menerusi keluarga Mr. Jabar (Jalaluddin Hassan) dan isterinya Dasimah (Fauziah Nawi) dalam mendidik anak-anak mereka iaitu Hassan (Sidi Oraza) dan Salleh (Azhar Sulaiman). Hassan bergiat dalam bidang politik tetapi malangnya kegagalan dalam bidang politik dan kematian Mr. Jabar membuatkan Hassan menjadi hilang akal dan menghidap ‘schizophrenia’.

Sementara itu, Salleh terus membesar dan menjadi seorang pemuda yang bebas dengan kehidupannya. Dia sering keluar rumah dan menghabiskan masa berhibur di kabaret. Di situ dia berkenalan dengan seorang perempuan joget bernama Salmah (Norish Karman). Mereka akhirnya berkahwin dan Hassan semakin terabai apabila Salleh dan Salmah berpindah ke rumah lain.

Keadaan bertambah meruncing apabila Hassan diketepikan oleh Salleh dan Salmah setelah Dasimah meninggal dunia. Hassan mengamuk dan menceroboh masuk ke rumah Salleh serta mencederakan Salmah menyebabkan dia ditangkap oleh pihak berkuasa.

Beberapa tahun kemudian, Salleh dan Salmah bersama anak mereka datang melawat Hassan yang kini berada di Tanjung Rambutan. Sejak dari itu Salmah mulai menerima Hassan sebagai sebahagian dari keluarganya. Filem Sayang Salmah diarahkan oleh Dr Mahadi J Murat.

Pelakon: Sidi Oraza, Azhar Sulaiman, Norish Karman, Fauziah Nawi, Dato’ Jalaluddin Hasan, Sofea Jane, Sabri Yunus.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

 

Part 13

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind