Selamat Pagi Cinta (2008)

Poster Selamat Pagi Cinta

Selamat Pagi Cinta (2008)

Sinopsis:

Filem Selamat Pagi Cinta menceritakan tentang dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Kisah suka duka dua insan yang sedang bercinta.

Kisah pertama mengisahkan Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematian suaminya yang sangat dicintainya. Pertemuan singkat di sebuah kedai buku telah melahirkan ‘perasaan’ di hati masing-masing. Walaupun pada mulanya Julia sukar menerima Ilham, tetapi Ilham seberapa daya untuk memenangi hati Julia dan akhirnya mereka berkahwin.

Hidup mereka begitu bahagia hinggalah pada suatu hari Ilham mengetahui yang dia menghidap sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Ilham begitu sedih atas apa yang menimpai dirinya dan dia berusaha merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isterinya, Julia. Sejak itu Ilham berubah sikap, dia sering keluar dan tidak pulang ke rumah berminggu-minggu kerana menjalani rawatan di hospital. Julia mula menyimpan syak terhadap Ilham dan mereka bergaduh sehingga Julia mengetahui hal yang sebenarnya.

Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam merupakan seorang anak tunggal yang bekerja secara sambilan untuk menyara atuknya tinggal dengan ibu saudaranya, Mak Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh Azam menghantar Atuknya yang sudah nyanyuk ke rumak orang-orang tua tetapi Azam menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil.

Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya. Suatu hari Azam berjanji untuk berjumpa Suci tetapi pada hari yang sama Atuknya telah terlibat dengan kemalangan. Sekali lagi Azam gagal menunaikan janjinya. Akhirnya Azam terpaksa akur yang Suci telah beralih cinta kepada orang lain kerana Suci merasakan tidak serasi dengannya. Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengar dan menerimanya. Apabila Suci mengetahui perkara sebenar semuanya sudah terlewat.

Apakah kesudahan dan kaitannya antara kedua kisah ini… Filem Selamat Pagi Cinta memberikan anda jawapannya. Filem ini diarahkan oleh Yana Samsudin.

Pelakon: Que Haidar, Pierre Andre, Fazura, Sharifah Amani, Cat Farish, Zulkifli Zain.

 

Filem Selamat Pagi Cinta Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind