Semerah Cinta Stilleto (2010)

Poster Semerah Cinta Stilleto

Semerah Cinta Stilleto (2010)

Sinopsis:

Filem Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dalam keluarga orang berada dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian terkemuka di ibu kota. Leto atau Leman (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan yang sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di rumah flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.

Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz pergi ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku di mana pergaduhan besar antara penjual ikan di pasar telah berlaku sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan di pasar itu.

Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu, Leto dibuang kerja. Di dalam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).

Filem Semerah Cinta Stilleto diarahkan oleh Ahmad Idham.

Pelakon: Farid Kamil, Lisa Surihani, Cat Farish, Shaharuddin Thamby, Nanu, Dato’ Jamali Shadat, Maimon Mutalib, Zed Zaidi.

 

Filem Semerah Cinta Stilleto Full Movie

 

………………………………………………………………………………………………………

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind