Senario Asam Garam (2010)

Poster Senario Asam Garam

Senario Asam Garam (2010)

Sinopsis:

Filem Senario Asam Garam mengisahkan persaingan dalam perniagaan antara Pak Adam (Azlee Senario) dan Asam (Mazlan Pet Pet). Pak Adam mempunyai perwatakan yang baik dan menjalankan perniagaannya secara jujur dan ikhlas. Manakala Asam pula sebaliknya yang suka mengambil kesempatan terhadap orang lain dan cuba mendapatkan apa yang dihajati secara paksaan.

Pak Adam mempunyai pembantu iaitu Tam yang mempunyai masalah mata kirinya tidak berfungsi. Manakala pembantu Asam bernama Garam (Zaibo) pula turut mempunyai masalah iaitu apabila dia bersin, dia akan bertukar karakter menjadi seorang yang baik dan akan menceritakan segala perkara yang baik dan juga keburukan Asam.

Persaingan mereka bukan sahaja dalam perniagaan malah turut bersaing dalam menambat hati seorang janda bernama Cik Hawa (Julia Hana) yang mempunyai anak lelaki bernama Amin (Fimie Don). Cik Hawa menjalankan perniagaan warung makan secara kecil-kecilan dan dibantu oleh anak saudaranya iaitu Odah (Nadia Mustafar) dan Yah.

Pergaduhan berlaku apabila pihak sekolah kampung mereka mengumumkan tender baru dan meminta semua kontraktor menghantar proposal. Pelbagai usaha dilakukan Asam dan garam bagi menggagalkan proposal Pak Adam.

Asam dan Garam juga cuba merasuah pihak sekolah agar mengambil syarikat mereka. Jalan terakhir yang dilakukan oleh Asam dan Garam adalah dengan menculik Cik Hawa dan mengugut Pak Adam memberikan tender tersebut kepada mereka. Asam dan Garam menculik Hawa sebenarnya kerana Hawa menolak pinangan Asam dan mendapat tahu Hawa akan bertunang dengan Pak Adam. Pak Adam mendapat tahu hal tersebut berusahah sedaya upaya menyelamatkan Cik Hawa yang akhirnya terselamat kerana kebodohan Asam dan Garam sendiri serta bantuan Amin dengan gadjetnya. Filem Senario Asam Garam diarahkan oleh Hatta Azad Khan.

Pelakon: Mazlan Pet Pet, Zaibo, Julia Hana, Azlee Senario, Fimie Don, Nadia Mustafar, Syanie, Angeline Tan.

 

Filem Senario Asam Garam Full Movie

 

…………………………………………………………………………………………………………….

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind