Senario The Movie Episode 2: Beach Boys (2009)

Poster Senario The Movie Episode 2: Beach Boys

Senario The Movie Episode 2: Beach Boys (2009)

Sinopsis:

Filem Senario The Movie Episode 2: Beach Boys mengisahkan Azli, Wahid, dan Mazlan yang pergi bercuti di Ariba Ariba Resort. Di dalam feri dalam perjalanan ke Resort itu mereka telah berselisih faham dengan tiga orang gadis iaitu, Qasidah, Hamidah dan Zuraidah. Setelah sampai di Ariba Ariba Resort mereka terperanjat besar kerana Resort itu tidak seindah seperti yang disangka. En Mansor, iaitu pemilik resort tersebut memberitahu mereka bahawa dulu resortnya cantik, tapi lama kelamaan resortnya tidak lagi dapat menarik perhatian pengunjung. Ketika mereka hendak meninggalkan resort itu, datang anak-anak perempuan En Mansor iaitu tiga gadis yang mereka terlanggar di dalam feri tadi. Pada masa yang sama, Azli mendapati Qasidah adalah bekas kekasihnya suatu ketika dahulu dan terpisah akibat tentangan dari ayah Qasidah iaitu En Mansor sendiri.

Azli, Wahid, dan Mazlan mulai berbincang untuk memajukan kembali Ariba Ariba Resort dengan syarat En Mansor membenarkan mereka tinggal di situ selama 2 minggu secara percuma. Setelah mencapai persetujuan, mereka pun memulakan operasi untuk memajukan resort itu sehinggalah resort tersebut berubah wajah menjadi lebih menarik. Pelbagai aktiviti dirancang tetapi resort tersebut tetap tidak dapat meraih perhatian pengunjung. Mereka tiga sekawan mulai berputus asa dan berhasrat untuk keluar daripada resort itu.

Pagi esoknya, ketika mereka bertiga bersiap untuk keluar, mereka ternampak Remy keluar dari pejabat En Mansor dan beliau mengatakan masalah mereka telah selesai kerana Remy akan membantunya En Mansor memajukan semula resortnya, tetapi Mazlan tiba-tiba teringat yang mereka pernah bersama Remy dahulu di dalam lokap kerana cubaannya menipu seorang datin. Apabila Mazlan menceritakan hal Remy kepada En Mansor, membuatkan Remy berasa amat marah apabila cubaannya menipu En Mansor gagal dan mengarahkan pembantunya Jonny menculik Qasidah.

Apakah Qasidah dapat diselamatkan? Bagaimanakah mereka mengharungi kesukaran demi kesukaran untuk menyelamatkan Qasidah? Saksikan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys untuk mengetahui kesudahannya. Filem ini diarahkan oleh Ahmad Idham.

Pelakon: Azlee Senario, Mazlan Pet Pet, Wahid Senario, Maria Farida, Mek Siti, Marsha, Dato’ Jamali Shadat.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind