Setem (2009)

Poster Setem

Setem (2009)

Sinopsis:

Filem Setem berkisar mengenai seorang Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 yang mahukan suatu ciptaan yang boleh diingati kepada generasi yang akan datang. Beliau telah mengarahkan seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Gabenor India mentertawakan setem tersebut kerana terdapat kesilapan padanya. Ini menimbulkan kemarahan Lord Arthur Barring lalu membuangnya, setem tersebut dijumpai oleh cucunya lalu dikutip dan disimpan olehnya.

Pada tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan satu sidang akhbar di A Famosa. Pada sidang akhbar tersebut, beliau telah mempamerkan warisan keluarganya, iaitu Setem Barring. Setem Barring melalui satu proses perjalanan yang amat panjang dan kini telah kembali ke bumi Melaka, yang mana disitulah ia dihasilkan pada masa yang lampau. Setem tersebut akan dipamerkan di Muzium Melaka.

Pada sidang akhbat tersebut, dua orang sahabat Sid (Rashidi Ishak) dan Joe (Afdlin Shauki) telah menghadirinya dengan tujuan untuk mencuri Setem Barring yang dianggarkan bernilai kira-kira 2 juta ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli (Datuk Aziz Sattar) yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem itu untuk menampung kos membeli tapak tanah rumah anak-anak yatim yang diuruskannya yang bernilai RM500,000.00. Oleh kerana budi Pak Ramli kepada mereka, Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya demi membalas budi Pak Ramli.

Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long dan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa Setem Barring ke muzium juga berhajat untuk mencuri setem tersebut. Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem itu. Oleh kerana terlalu banyak perancangan yang ingin dilakukan bagi mencuri setem itu, keadaan menjadi kacau-bilau.

Siapakah yang akan berjaya memilikinya? Apa pula yang akan berlaku kepada mereka semua? Tontonilah filem ‘SETEM’ arahan Khabir Bhatia untuk mengetahui kisah yang akan berlaku selanjutnya…

Pelakon: Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Que Haidar, Bront Palarae, Rashidi Ishak, Indi Nadarajah, Sathiya, Datuk Aziz Sattar, Harun Salim Bachik, David Teo, Azwan Ali.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. hahahaa says:

    video dah remove

Speak Your Mind