
Poster Si Jantung Hati
Si Jantung Hati (1986)
Sinopsis:
Filem Si Jantung Hati mengisahkan dua orang pemuda dalam pencarian mereka untuk mencari keratan surat wasiat harta peninggalan bapa mereka. Mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan cabaran sebelum bertemu seorang lelaki yang mempunyai keratan terakhir wasiat tersebut.
Hasil dari cantuman keratan-keratan tersebut, mereka akhirnya dapat mengetahui lokasi rahsia terletaknya harta tersebut. Dalam masa yang sama, sekumpulan samseng turut berusaha untuk mendapatkan keratan wasiat itu. Mereka semua akhirnya bertemu di lokasi rahsia harta itu dan membongkar misteri yang telah sekian lama tersimpan di situ.
Apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik wasiat itu? Tontonilah filem Si Jantung Hati untuk mengetahui jawapannya… Filem ini adalah arahan M. Rajoli.
Pelakon: A. R. Badul, Nassier Wahab, Ibrahim Din, Faridah Fasha, Julie Dahlan, Raffi Hussain, Osman Kering, A.R Ayappan.
Part 01
Part 02
Part 03
Part 04
Part 05
Part 06
Part 07
Part 08
Part 09
Video Comments