Sini Ada Hantu (2011)

Poster Sini Ada Hantu

Sini Ada Hantu (2011)

Sinopsis:

Filem Sini Ada Hantu mengisahkan dua orang pemandu van Ah Meng (Alvin Wong) dan Bakri yang telah ditugaskan untuk menghantar mayat datuk kepada majikan mereka ke sebuah kampung di mana mereka perlu sampai di situ pada keesokan paginya. Mereka menolak pada mulanya, tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan akhirnya mereke berdua bersetuju untuk melakukan kerja tersebut.

Di dalam perjalanan itu, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengari selama ini. Bakri bercerita mengenai “Hantu Pokok Pisang”… iaitu kisah wanita cantik yang menjelma dari balik pokok pisang. Ah Meng mentertawakan Bakri kerana baginya hantu melayu tak logik. Ah Meng pula menceritakan kehebatan hantu Cina iaitu ”Hantu Nombor Ekor”. Hantu Nombor Ekor mengisahkan empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh supaya hantu tersebut memberi mereka nombor ekor.

Ketika Ah Meng ingin bercerita mengenai kisah hantu yang lain, van mereka yang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita itu tiba-tiba rosak menyebabkan Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu van tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, sesuatu telah berlaku… Apa yang terjadi pada Ah Meng dan Bakri? Berjayakah mereka menyelesaikan tugas mereka bagi menghantar mayat itu ke destinasinya? Apa yang telah berlaku? Tontonilah filem Sini Ada Hantu untukl menemukan jawapannya… Filem ini diarahkan oleh James Lee.

Pelakon: Alvin Wong, Rama, Fasha Sandha, Pete Teo, Patrick Teoh, Eira Syazira, Kuswadinata.

 

Filem Sini Ada Hantu Full Movie

 

…………………………………………………………………………………………………….

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind