SUMOlah (2007)

Poster SUMOlah

SUMOlah (2007)

Sinopsis:

Filem SUMOlah berkisar mengenai seorang budak Melayu bernama Ramlee (Afdlin Shauki) yang pemalas, tidak bercita-cita dan tidak pernah kenal erti komitmen pada kerjanya. Sikap beliau itulah yang sentiasa menyebabkan dia sentiasa diberhentikan kerja setiap kali beliau bekerja di tempat baru. Ramlee tinggal bersama dengan ibunya (Kartina Aziz) yang sudah mati akal untuk mengajar erti kewajipan kepada anaknya itu.

Suatu hari, setelah dibuang kerja untuk yang kesekian kalinya dan kehabisan wang serta dalam keadaan tersangat lapar, beliau terserempak dengan satu cabaran di Restoren Boleh Sushi kepunyaan En. Honda (Patrik Teoh) iaitu ‘Makanlah sebanyak 30 piring sushi dalam masa 1 minit dan jika anda berjaya anda makan dengan percuma, jika tidak anda mesti membayar nilai sushi yang anda makan di dalam masa tersebut’.

Oleh kerana perutnya tersangat lapar dan merasakan itulah satu-satunya peluang ketika itu untuk mengisi perutnya, Ramlee menyahut cabaran itu, tetapi akhirnya beliau gagal. Akibat ketiadaan wang, beliau dipaksa memilih samada dihantar ke balai polis atau bekerja di Restoran Sushi itu dan melakukan semua aktiviti sampingan yang diwajibkan ke atas staff restoren Boleh Sushi. Beliau terpaksa memilih untuk bekerja di restoren itu untuk melangsaikan hutang beliau dan peluang untuknya memakan sushi sepuas hatinya.

Di restoran itu, beliau berkenalan dengan Haris (Awie), seorang Melayu yang ingin menjadi seperti orang Jepun kerana beliau amat tertarik dan meminati hemah dan cara-cara orang Jepun dan Andy (Radhi Khalid) iaitu seorang bapa yang takut kepada isterinya yang bekerja di situ adalah semata-mata untuk cuba menyara hidup isterinya yang agak boros.

Dapatkah Ramlee mengubah cara hidupnya apabila bekerja di Restoran Boleh Sushi… Filem SUMOlah diarahkan oleh Afdlin Shauki.

Starring: Afdlin Shauki, Inthira Charoenpura, Gurmit Singh, Awie, Patrick Teoh, Radhi Khalid, Kartina Aziz.

Filem SUMOlah Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. ct says:

    video ni dah kena terminate… saya bru nak tengok citer ni :(

Speak Your Mind