Syurga Cinta (2009)

Poster Filem Syurga Cinta

Syurga Cinta (2009)

Sinopsis:

Filem Syurga Cinta mengisahkan Irham (Awal Ashaari), berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria (Mustafa Kamal) dan Puan Sri Mahani (Dian P.Ramlee) telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal (Fizz Fairuz) dan Alex (Shaheizy Sam) yang sangat mengenali perangai Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah (Heliza), seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati.

Filem Syurga Cinta diarahkan oleh Ahmad Idham.

Pelakon: Awal Ashaari, Heliza Helmi, Shaheizy Sam, Mustapha Kamal, Dian P. Ramlee, Fizz Fairuz.

 

Filem Syurga Cinta Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind