Tragedi Oktober (1996)

Poster Filem Tragedi Oktober

Tragedi Oktober (1996)

Sinopsis:

Filem Tragedi Oktober mengisahkanPerkahwinan Wati dan Syamsul sudah menjangkau enam tahun dan dikurnia seorang cahaya mata, Shamin. Awie, bekas kekasih Wati, walaupun sudah enam tahun berlalu, masih tercari-cari seorang gadis yang benar-benar dapat mengisi kekosongan hatinya. Namun, kemunculan Farah, anak seorang hartawan, ternyata memberi sinar baru dalam hidup Awie.

Sementara itu, kebahagian Wati dan suaminya Syamsul tidak kekal lama, di mana satu tragedi menimpa suaminya. Wati terus hidup menjanda bersama anaknya Shamin. Pertemuan yang tidak diduga antara Awie dan Wati di satu majlis telah menimbulkan satu nostalgia antara mereka. Kehadiran Awie tidak dapat diterima oleh Wati kerana dia menganggap Awie sudah tidak ada dalam hidupnya lagi. Pada Awie pula, dia sekadar simpati dengan nasib Wati dan anaknya Shamin.

Masa berlalu begitu cepat, tanpa disedari kemesraan mereka terus berputik hingga menimbulkan ketegangan di antara Awie dan Farah. Farah menganggap Wati cuba merampas Awie semula darinya. Awie mengambil keputusan bertunang dengan Farah sekaligus memberi keyakinan tentang kejujurannya pada Farah.

Tapi, segalanya tidak tamat di situ. Farah mahu pastikan Wati tidak terus mengganggu hidupnya lagi. Akhirnya terjadi sebuah tragedi yang amat menyayat hati.Filem Tragedi Oktober diarahkan oleh Dato’ Yusuf Haslam.

Pelakon: Awie, Erra Fazira, Amy Mastura.

 

Filem Tragedi Oktober Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind