
Poster Tuan Badul
Tuan Badul (1979)
Sinopsis:
Filem Tuan Badul mengisahkan Ibrahim bekerja di Badul Holdings Sdn Bhd sebagai Pengurus Besar dan digelar GM. Dia adalah seorang yang sangat garang dipejabat tetapi dia sebenarnya takut kepada isterinya, Norlia. Dia mempunyai seorang pembantu rumah bernama Nor.
Pada suatu hari, Tuan Badul melawat tanah miliknya yang menjadi perkampungan setinggan. Tuan Badul ingin menyuruh orang-orang kampung yang berada di tanah miliknya supaya berpindah, tetapi apabila dia bertemu dengan Nor yang hidup serba kekurangan di situ, segala-galanya mulai berubah kerana dia terpikat kepada Nor. Untuk memikat Nor, Tuan Badul mencuba berbagai cara, tambahan pula setelah dia mengetahui bahawa Nor adalah salah seorang kakitangan di syarikat GM.
Dapatkah Tuan Badul memikat Nor? Ikutilah kisah selanjutnya dalam filem Tuan Badul. Filem ini diarahkan oleh Dato’ Haji Jamil Sulong.
Pelakon: AR Badul, Noorkumalasari, S. Shamsuddin, Ibrahim Pendek, Norlia Ghani.
.
Part 01
Part 02
Part 03
Part 04
Part 05
Part 06
Part 07
Part 08
Part 09
Part 10
Part 11
Video Comments